Saturday, July 11, 2009

Pra-penilaian oleh pensyarah pembimbing

Sungguh tidak kuduga, bagaikan mimpi diulit mimpi, hanya titisan jernih mengalir dipipi, melontarkan rasa kegembiraan yang tidak berbelah bagi. Apabila keputusan penilaian bertukar tangan, apabila mata terpandang keputusan, tangan bergetar, mata mengalir dan hati menjadi sebak. Tidak dapat dilontar kegembiraan dengan kata-kata, hanya air mata yang mampu mengerti.
Namun kejayaan yang aku terima hari ini, bukan bermakna perjalanan aku sudah berakhir, malah lebih tinggi cabaran aku untuk mendapatkan kejayaan yang lebih bermakna. Dengan itu, kekalkan prestasi, kurangkan reputasi
Untuk mak dan ayah, terima kasih yang tidak terhingga, angah hampir menuju kejayaan yang diidamkan. Kejayaan yang akan dimiliki untuk keluarga kita. Walauapapun terjadi, angah tetap meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk mendidik anak bangsa. Walau ke ceruk desa terpencil, di tengah bandar metropolitan, angah bersedia menghadapinya semua, dengan hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Doakan kejayaan angah walau di mana angah berada. Moga niat tulus ikhlas dan suci murni akan diredhai oleh Allah S.w.T.

Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Berita yang amat mengejutkan yang kuterima....tapi itulah ketentuan Illahi, orang yang sihat akan dijemput jua bila suudah tiba ajalnya, kerana Dia lebih menyayangi...Al-Fatihah buat allahyarham Naim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 02.07.09 pada jam 0645 kerana serangan jantung secara tiba-tiba..semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang mukmin.

Buat adikku jangan bersedihhh..tabahkan hatimu menerima ketentuan Illahi ini, ingatlah Alla tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan hambaNya mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah dan redha...