Monday, October 18, 2010

Biar Apa Orang Nak Kata

Hidup kita memang tak akan terlepas dari kutukan,hinaan,kejian,cacian namun ada juga pujian dan sanjungan...itulah lumrah hidup yang perlu ditempuh...

Kadang kita cukup kecewa dan sedih dengan apa yang orang kata...apatah lagi bila semua itu adalah dusta...diperli dihina tanpa usul periksa...walau apapun Tuhan masih sayang kita...kalau tidak kita tidak akan diuji sebegini...hanya hamba yang terpilih akan terus diuji dan diuji...kerana ketabahan dan kegentalannya menghadapi segala ujian tersebut....

Tahniah buat sesiapa yang berjaya mengharungi segala liku-liku kehidupan diranjau yang berpaku...

Orang lain boleh kenapa tidak kita...yeah kita harus bangkit untuk berjuang dan terus berjuang meneruskan kehidupan walau ke padang pasir yang ketandusan, walau ke gunung berapi, walau ke ranjau berduri, walau ke lautan api, walau apa saja tanamkan semangat dalam diri dengan kata-kata yang penuh bermotivasi....

Harapan : Melalui kehidupan yang berliku dengan penuh keredhaan dan kesabaran.

Sunday, October 17, 2010

Ella - Gemilang



Lagu pembakar semangat...tugasan yang diberikan oleh sifu kami semasa di IPG Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak...akhirnya dijadikan lagu tema IRBM 1109...kenangan yang terindah...rindu saat2 menuntut di maktab...terlalu banyak ilmu yang dipelajari...terima kasih my sifu En.Muhaimi Suhaili yg tidak pernah ketandusan idea dan berjaya mencetus kekreatifan anak didiknya...

Aku dan Dirimu

Kita Sama Disisi-NYA

Kenapa harus membeza-bezakan...
Kenapa minta disanjung-sanjung...
PERLUKAH itu semua???
Terlintas diingatan pesan teman...
'andai mahu orang menghormatimu, adalah baik bagimu menghormatinya juga'
Aku amat setuju dengan penyataan itu...
Tidak kira tua atau muda
Tidak kira darjat atau pangkat
Kita semua saling memerlukan
Kita semua sama disisi TUHAN

Moral: Tak perlu angkuh dengan kedudukan kita...bila MATI itu semua ditinggalkan cuma amalan yang dibawa...

Ketidakikhlasan

Semalam merungut...hari ini merungut lagi...esok pasti akan merungut jua....selagi tidak dapat duduk di dalam zon selesa seperti yang diidamkan...maka rungutanlah rutin hariannya...selagi tidak melaksanakan tugas dengan seikhlasnya selagi itulah kita akan terus menerus menuding kesalahan orang lain.

Pernahkah kita muhasabah diri kita, sedarkakh kita ini bukan manusia yang sempurna, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki..menggilap kekuatan yang ada dalam diri..bukan berterusan memberontak kelak merana diri sendiri...

Bersyukurlah anda dengan kerjaya yang dimiliki,jika masih tidak bersyukur,jangan terus menambah dosa..buatlah surat perletakan jawatan...jangan terus menganiaya orang lain dengan tipu daya yang menjerat diri..lihatlah diluar sana masih ramai yang dahagakan peluang pekerjaan...berilah mereka peluang...pergilah anda mengikut hati anda yang sentiasa tidak pernah kenal erti syukur...

Moral: Ikhlaskan diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Friday, October 15, 2010

Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu

15 Oktober 2010 - 7.30 - 8.30 pagi
Bertempat di perpustakaan SJK (C) ..........
Tajuk : Guru Kesayangan Saya
Peserta : Murid-murid Tahun 4

Tajuk yang simple dan cukup menarik...pendek kata mudah untuk murid mengolah ayatnya...namun ada juga yang tidak mampu membuatnya dengan baik...salah siapa??? tepuk dada tanya diri sendiri....pelbagai coretan yang ditulis oleh murid membuatkan ku ketawa sendirian, tak kurang juga ada yang cukup menyentuh hati...suka untuk aku menyalin semula karangan di dada blog ini...boleh dikongsi bersama...

Murid A  
"Guru kesayangan saya ialah Cikgu _______. Cikgu ______ ialah seorang guru yang bagus. Cikgu ____ sangat cantik dan hidungnya atas sepasang cermin mata. cikgu memakai tudung sangat cantik. Saya suka cikgu memakai macam ini.
     Saya sangat suka cikgu ini kerana pada saya tak tahu membuat buku latihan, cikgu akan mengajar saya. Pada saya tak tahu mengeja suku kata, cikgu akan mengeja untuk saya.
     Saya suka cikgu, cikgu kesayangan saya, saya berasa sangat gembira kerana saya mempunyai seorang guru yang baik."

Murid B
Semua orang mempunyai guru kesayangan. Begitu juga dengan saya. Guru kesayangan saya bernama ____________. Dia mengajar kami Bahasa Melayu.
     Dia mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Dia sangat baik dan tekun mengajar kami. Walaupun kelas kami itu degil dia tetap akan mengajar kami.
     Apabila cikgu ________ marah muka nak nampak serius dan dia akan merotan kami sehingga kami diam dan boleh mengajar kami dengan selesa.
     Di tengah itu cikgu suka bermain-main dengan ___________, dia adalah murid yang cikgu sukai. Pada hari kanak-kanak beliau sangat gembira kerana beliau disambut meriah. Selepas beliau selesai makan kami bergambar dengan cikgu. Dan selepas itu beliau pun pergi. Walaupun kami dimarahi oleh cikgu kami bahagia kerana marah bertanda nasihat.
     Apabila kerja yang diberi oleh beliau tidak siap beliau akan denda kepada mereka yang tidak siap akan kerja beliau.
     Walau apapun jua kami tidak akan mensia-siakan beliau. Kami berjanji akan membalas jasa yang dicurahkan oleh beliau. Kami sekelas akan berjanji kami akan mendapatkan A dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Janji kami akan ditunaikan.
     Kami bersyukur kerana dikurniakan guru seperti beliau. Janji terakhir kami iaitu akan bahagiakan beliau.

Begitulah sekadar perkongsian dan ketelusan murid dalam mengarang...yang sebenarnya yang perlu kita tahu...murid memang tidak pandai menipu jika kita bijak mengambil hatinya...



Wednesday, October 6, 2010

AkU BeRBangga

Yeaahhh...berbanggakah aku...jawapannya YA...aku amat berbangga menjadi seorang guru walaupun aku ditempatkan di SJKC...pada aku walau di mana dicampakkan tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi kerana itulah amanah yang harus kita pegang...

Tipulah untuk aku terus gembira apabila mendapat berita ditempatkan di SJKC...maklumlah tidak pernah terlintas dihati akan ditempatkan di SJKC sebab aku dilatih untuk SK...so beranganlah nak mengajar di SK...ahahaha memang banyak hikmahnya aku berada di SJKC...pada mulanya tahap penerimaan agak hambar..tapi lama-kelamaan makin seronok...kerana apa??? PETUA nya satu sahaja...CINTAKAN kerjaya kita...selagi kita tidak CINTAKAN kerjaya kita...ke mana kita tukar pun tetap akan sama..merungut setiap masa dan akan sentiasa ada yang tidak puas hati...pendek kata tidak tahu BERSYUKUR..mahukah kita menjadi rang yang tidak tahu bersyukur??tidak pernah terpikirkah kita betapa bertuahnya kita mempunyai sebuah kerjaya yang mulia...masih ramai lagi diluar sana mencari2 peluang pekerjaaan...

Tuesday, October 5, 2010

KENAPA AKU MASIH SOLO

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat
Allah itu Maha Mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.  

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Dipetik daripada: