Tuesday, September 29, 2009

Hasil Kreativiti Murid Tahun 4


Aku dan Dirimu
Tiba saatnya kita saling berpisah
Tentang perasaan yang menyedihkan
Tentang rindu yang menyerbu
Tentang kasih yang terungkap

Sudah terlalu lama kita belajar
Belajar dalam rindu-rindu selesa
Memenuhi mimpi-mimpi pagi yang terindah

Duhai cikguku sayangku
Jangan tinggalkan perasaanmu kasihmu
Perasaanmu kasihmu seluruh rindumu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat dikeabadian jika sewaktu bias
Kita janjikan dan segala mimpi-mimpi
Jadi kenyataan.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikitpun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kami semua.


Aku Masih Sayang


Kau cikguku
Jiwaku indah memanggil cikguku
Maka kuterbangun untuk menangis
Menangis untuk dirimu
Jangan pernah cikgu ragukan
Kasih sayang yang sesungguhnya
Itu bisa boleh melupakan semua bukan begitu
Aku sungguh masih sayang pada cikgu
Jangan sampai cikgu tinggalkan
Kamu begitu sangat berharga cikguku
Bagiku woo…woo...

Kau korbankan semuanya untukku
Sungguh kuberharap cikgu begitu
Padaku hingga kurasakan kasih sayang
Yang sesungguhnya prasangka




Matahariku
Tertutup sudah pintu, pintu hatimu
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu
Kini cikgu pergi, dari hidupku
Kuharus relakanmu, walau aku tak mahu
 Berjuta guru tersayang, di dalam hati
Sejenak luluh bergenjang, menjauh pergi
Tak ada lagi, cahaya suci
Semua nada beranjak
Aku terdiam sepi
Dengarlah suara kami ini
Kami bersedih kerana cikgu tinggalkan diriku
Ucapkanlah cikguku ini
Puisi tentang cikguku
Tentang kami yang tak mampu
Melupakan cikgu tersayang

Terima kasih murid-murid yang kukasihi atas kreativiti mengubahsuai senikata lagu-lagu tersebut untuk didedikasikan khas buatku...saya bangga menjadi cikgu kamu semua...doa dan harapan semoga cemerlang dalam UPSR 2011


Mutiara-mutiara yang kugilap selama 3bulan..









Saturday, September 26, 2009

Meneruskan Perjuangan

huhuhuuuu....sekembaliku di IPGMKTAR untuk meneruskan perjuangan yang abelum selesai...wohohoooo penat bercuti masih terasa tapi apakan daya misiku belum tercapai...hidup mesti diteruskan walau badai atau tsunami melanda...
banyaknyer kerja yang belum selesai...refleksi, folio, assignment dan yang paling meletihkan mengangkut barang-barang dari stor...sabr ajerlahhhhhhhh....


rindunyerr alam praktikum...huhu Sri Aman dalam kenangan..SK Selepong sentiasa diingatan huhuhuhu...kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat ku timba pengalaman....

Wednesday, September 16, 2009

Aduisssss?????? Adakah Aku??????

..."Boleh jumpe dengan Guru Besar?..Saya pensyarah dari IPGMKTAR..."...aduis adakah aku kena selia hari ni, tapi kelas aku dah habis...aku mash tertanya2 dlm hati dan saling berpandangan bersama pasangan praktikum Cecilia ak Udil....
ohhh tepat sekali yg aku jangkakan, GB kluar dr blik dan minta kami berdua msuk ke biliknya utk berjumpa dgn mereka..slps bersalam dan bertanya khabar..hanya aku diminta utk menyediakan segala dokumentasi praktikum di satu bilik untuk buat perbincangan...jadi kami amik Pusat Sumber Sekolah utk berbincang...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...segala-galanya disemak..bermula dengan buku log RPH, Folio praktikum, Huraian Sukatan Pelajaran, Latihan Murid-Murid dan segala dokumen yang berkaitan...syukur di atas usaha yang penuh keikhlasan harinye membuahkan hasil yang amat dibanggakan walaupun aku terasa seperti mimpi..
walauapapun..aku tak mungkin akan berada ke tahap ini tanpa bimbingan dan didikan daripada Pn.Hjh Rokaiyah Hj Jaya(pensyarah pembimbing IPGMKTAR) dan Cikgu Safuani Brahim (Guru Pembimbing SK Selepong) yang tidak pernah jemu memberi didikan, bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya berjaya ke peringkat ini. tidak lupa juga buat semua guru-guru di SK Selepong dan para pensyarah IPGMKTAR yang memberi sokongan,tunjuk ajar serta semangat untuk saya...
tidak lupa buat insan yang sentiasa dihati mak dan ayah..terima kasih atas segala-galanya..inilah hadiah angah yang paling bermakan buat mak dan ayah...adik-adik tercinta jadikanlah kejayaan angah sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya...

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09=Cemerlang-Gemilang-Terbilang

Angka yang cukup menarik...090909 secara kebetulan boleh dikaitkan dengan CemerlangGemilangTerbilang...Analoginya cukup banyak...bagiku inilah tahun yang paling bermakna untuk diriku menebus kegagalan...aku mula bangkit melangkah megah dipersada kecemerlangan...apa yang penting???Kerjasama..Wonder Pets...Wonder Pets..opsss lagu Wonder Pets plak...yup mmg btul kerjasama itu penting..namun yang paling penting keikhlasan..keikhlasan melakukan satu tanggunggjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

Tempoh setahun untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah agak singkat. Terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari, justeru dalam tempoh setahun tidak memadai. Sudah menjadi sikap manusia tidak pernah cukup dengan yang ada dan tidak pernah puas hati dengan apa yang diberikan..apalah salahnya dengan apa yang kita perolehi...

Apa-apa saja yang diluar jangkaan boleh berlaku...ini semua kuasa Allah..Kita hanya merancang, Dia yang menentukan...apa yang kita rancang tak semestinya kita dapat dan apa yang kita dapat tidak seperti yang kita mahu...walauapapun belajarlah bersyukur kerana hidup memang untuk diduga..oleh iu tempuhilah segala dugaan dan ujian yang dihadapi dengan penuh keredhaan.

Aku amat berbangga pada tahun ini, kerana dengan berkat keikhlasan, kesungguhan, ketekunan dan kesabaran aku berjaya jua mencapai apa yang kuimpikan...kemasukkanku ke IPGMKTAR adalah untuk menebus matlamatku yang tidak tercapai semasa di UMKL..kini aku puas dan bersyukur kerana impianku hampir tercapai..inilah hadiah istimewa untuk kedua ibu bapaku, tiada yang diharapkan melainkan kecemerlangan dan kejayaan anaknya.

Segala rintanganku jadikan sebagai cabaran untuk terus berjaya mendapat apa yang diimpikan. Tidak dapat lari jua dari pelbagai tohmahan, cacian dan dengkian manusia sekeliling..sudah memang lumrah dunia kerana kita dikelilingi dengan manusia yang bernyawa,bermata, berhidung,bermulut,bertelinga bertangan dan berkaki. Apapun yang dikatakan tentang kita, pekakkan telinga, butakan mata..janji apa yang kita buat dengan penuh keikhlasan dan niat kerana ALLAH.

Tuesday, September 8, 2009

Cintaku hanya PadaMU

Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.

Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.Kekalkanlah cintanya.Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... ameen Ya Robbal A'lamin...

Wallahu A'lam..

Thursday, September 3, 2009

Rentasan???????

Umpama mimpi dalam mimpi.....impian kini jadi pasti...ayah, mak and my beloved siblings angah dah berusaha lakukan yang terbaik...tiada yang lebih bermakna melainkan hadiah kecemerlangan angah untuk kamu semua...terima kasih atas sokongan dan dorongan, bukan sahaja sokongan spritual malah material juga...thanks a lot and thaks so muuuuuaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh...ingatan untuk adik2 ku sayang...belajarlah rajin2 moga lebih cemerlang dan hebat dari angah...yakin boleh perjalanan kita masih lagi jauh....mulakan perjalanan yang jauh dengan langkah yang pertama...

 Tidak lupa juga guru dan pensyarah pembimbing yang tanpa mengenal erti penat jemu membimbing aku sehingga ke peringkat ini. ucapan terima kasih sahaja tidak memadai bagiku..semoga jasa dan bakti kalian diredhai dan dibalas oleh Allah jua....jasa dan bakti kalian tetap dalam ingatan..terima kasih sekali lagi....
Opssssssss........3 penjuru memang yang sentiasa di ingatan Cik Sue and Cik Adah...terima kasih banyak2 kawan cz kalian berdua cukup memahami dan tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan untuk diriku...kala dan tika ku sedih hanya dirimu tempat ku mengadu...thank a lot kerana cukup and teramat cukup memahami diri kita...kitalah kawan dunia akhirat...tak terucap ucapan terima kasihku dengan kata-kata buat dirimu...rindu untuk makan bersama...if sempat blik raya kita jupe...

Tuesday, September 1, 2009

Karut-Marut..Rapu-Kerapu...Suka-suka..

Hidup mmg untuk diduga, jadi buat ape nak merungut dengan dugaan, tempuhilah ia sebagai cabaran...Easy to say we love…Difficult to demonstrate it everyday..Easy to judge the errors of others..Difficult to recognize our error....
A man is lucky if he is the first love of woman. A woman if lucky if she is the last love of man. Behind every successful man, there is an untold pain his heart.

....Selemah manapun wanita dan sehebat mana pun lelaki...lelaki tetap akan mencari wanita jua..sebab kenapa..mmg banyak sebabnya...fikirlah sendiri...so kaum wanita jangan trus biarkan and diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki...jgn mudah terpedaya dengan pujuk rayu manis lelaki..dan yang paling penting jangan terus cair dengan ungkapan CINTA dan SAYANG lelaki...

Hati

Hidupnya hati adalah pengetahuan, maka raihlah,
Matinya hati adalah kebodohan, maka hindarilah,
Sebaik-baik bekal adalah takwa, maka simpanlah,
Cukuplah bagimu nasihat ini, maka ikutilah.
            Muasuh-musuhmu tidak akan mati, bahkan mereka kekal,
            Hingga mereka melihat hal yang membuatkanmu bersedih.
            Tak henti-henti kamu dihasud terhadap nikmat.
            Sesungguhnya orang yang sempurna adalah orang yang dihasud.
Engkau bertaubat dari dosa ketika sakit,
Dan kembali berbuat dosa tatkala telah sembuh.
Jika musibah menimpamu maka kamu menangis,
Tetapi kamu akan menjadi lebih keji ketika kuat.
Berapa banyak musibah yang Allah selamatkanmu darinya?
Berapa banyak malapetaka yang dilepas ketika kamu menangis?
Tidakkah engkau takut jika kematian menjemput,
Sedangkan engkau telah terbiasa dengan dosa-dosa?
Engkau lupa dengan kurniaan Tuhan Yang Maha Dermawan terhadapmu.
Engkau juga tidak menyesal dan takut kepada-Nya.
Seringkali engkau membuat perjanjian, lalu engkau langgar.
Engkau selalu melupakan setiap kebaikan.
Jadi, tempat kembalimu sebelum kamu dipindahkan dari
Rumahmu ke kubur yang telah mengundangmu.

Kasih Sayang

Satu kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua sayang berpanjangan
Membawa ke syurga, kasihnya ibu
Tiga lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang, Itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara
Lagu: 1234-Aris Ariwatan