Friday, August 28, 2009

Keikhlasan Tanpa Balasan

Seandainya aku memilki ilmu, akan kusampaikanlah ilmu itu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Selagi lidahku mampu berbicara, selagi mata bisa melihat, selagi anggota badanku masih mempunyai kudrat, akn kuteruskan tugasku sebagai hamba kepada Al-Wahid dengan berserah diri kepada-Nya.

Saturday, August 22, 2009

RaMaDhAn Al-MuBaRaK

Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menjalani ibadat puasa pada tahun ini. semoga kehadiran Ramadhan kali ini aku membawa keberkatan kepada diriku...aminnn....huhuh tahun ini sepanjang Ramadhan aku di negeri Bumi Kenyalang...berpuasa ditempat orang mengajar erti ketabahan...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita sentiasa mendapat berkat dan hidayah dari-Nya...Ramadhan bulan ibadat...jom sama-sama kita menunaikan ibadat yang hanya hadir setahun sekali....

Keikhlasan

Berkat usaha dan keikhlasan hati....semua kerja yang dibuat mendapat ganjaran yang setimpal..Alhamdulillah apa yang aku mahu dan hajati semuanya hampir tercapai aminnnn. mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi dan memayungi aku dengan limpah keberkatanNya..

Saturday, July 11, 2009

Pra-penilaian oleh pensyarah pembimbing

Sungguh tidak kuduga, bagaikan mimpi diulit mimpi, hanya titisan jernih mengalir dipipi, melontarkan rasa kegembiraan yang tidak berbelah bagi. Apabila keputusan penilaian bertukar tangan, apabila mata terpandang keputusan, tangan bergetar, mata mengalir dan hati menjadi sebak. Tidak dapat dilontar kegembiraan dengan kata-kata, hanya air mata yang mampu mengerti.
Namun kejayaan yang aku terima hari ini, bukan bermakna perjalanan aku sudah berakhir, malah lebih tinggi cabaran aku untuk mendapatkan kejayaan yang lebih bermakna. Dengan itu, kekalkan prestasi, kurangkan reputasi
Untuk mak dan ayah, terima kasih yang tidak terhingga, angah hampir menuju kejayaan yang diidamkan. Kejayaan yang akan dimiliki untuk keluarga kita. Walauapapun terjadi, angah tetap meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk mendidik anak bangsa. Walau ke ceruk desa terpencil, di tengah bandar metropolitan, angah bersedia menghadapinya semua, dengan hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Doakan kejayaan angah walau di mana angah berada. Moga niat tulus ikhlas dan suci murni akan diredhai oleh Allah S.w.T.

Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Berita yang amat mengejutkan yang kuterima....tapi itulah ketentuan Illahi, orang yang sihat akan dijemput jua bila suudah tiba ajalnya, kerana Dia lebih menyayangi...Al-Fatihah buat allahyarham Naim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 02.07.09 pada jam 0645 kerana serangan jantung secara tiba-tiba..semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang mukmin.

Buat adikku jangan bersedihhh..tabahkan hatimu menerima ketentuan Illahi ini, ingatlah Alla tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan hambaNya mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah dan redha...

Thursday, June 25, 2009

Akan Kumiliki


huhuhuuuu...akan kumiliki juaaaa...bila????tungguuu....

Wednesday, June 24, 2009

Pengalamanku...

Rupanya sukar jugak nak jadi guru ek...rase macam nak terus balik jerr...tak sanggup nak menghadapi praktiukm..sebelum datang bukan main berkobar-kobar...tup-tup bila di dunia sebenar haaaaaaa baru ko tau....wakakaakaaaa...bangun..bangun dr tidur yg lenamu...ayuh buka langkahmu kerna perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama...so tunggu apa lagi...cakap bkan main lagi nak jd guru yang hebatlah...membina anak bangsa jadi cemerlang lah....oooiiiii klu dah patah semangat mcm ner nak jana itu semua....cakap biar serupa bikin lah...jangan jadi hipokrit, kata tak suka hipokrit..
segala rintangan itu hanya cabaran...bukankah itu pegangan??????iishhhh sajer jer ek...tabahlah dalam mengharungi segala dugaan hidup...kerana Allah akan menguji setiap hamba-Nya..lagi tabah orang itu, lagi besarlah ujian yang diterimanya...kerana Allah memang tahu kemampuan hamba-Nya menghadapi itu smua..jadi nape nak susah hati...percayalah kerana Cinta dan Kasih Allah itu tulus dan suci...