Sunday, August 30, 2009

Perjuangan Belum Selesai

Huhuu..cuti sudah berakhir...pg nnt bertolak ke Selepong...yahooo seronoknya..rindunya pada budak-budak..3 minggu x ngajar...huhuhuuu...rindu teramat rinduuuu....byk nyer rph tertangguh..tp ok gak tak payah penign2 nak pikir..just bring forward wakakakaaka ..but refleksi tetap kena buat,..tu yang menyeksakan skit..tp lucky dpt lecture yang cerewet but teliti...mengajar aku untuk menjadi seorang yang particular and perfect walaupun mmg sifat manusia tidak akan perfect..tetapi cuba buat yang terbaik dari yang baik.
now just pikir rph utk mgu terakhir....minggu terkahir????? uhuk3! so sad..terharunya...berbelah bagi balik raya, mutiara2ku yang terpaksa ditinggalkan...
huhuhu..perjalanan masih jauh untuk mencapai kegemilangan..ingatlah sentiasa buat yang terbaik dan yang penting niat biar ikhlas..kata orang ikhlas yang kita buat, ikhlaslah org menerimanya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,  alang-alang datang dr jauh biarlah dapat CEMERLANG...
hadiah yang tidak ternilai buat mak dan ayah...dan yang paling penting hadiah paling berharga pada ulangtahun saya ke-28..

Gemilang

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah kurenangi
Segala onak ranjau dan duri
Tak kenal dan tak kupeduli
Kuterus cuba kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan akau yang tahu

Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Kupercaya saat kan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
dan kita kecapi bersama

Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

Bersama-sama tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
dan kita kecapi bersama
Lagu: Ella..

Friday, August 28, 2009

Keikhlasan Tanpa Balasan

Seandainya aku memilki ilmu, akan kusampaikanlah ilmu itu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Selagi lidahku mampu berbicara, selagi mata bisa melihat, selagi anggota badanku masih mempunyai kudrat, akn kuteruskan tugasku sebagai hamba kepada Al-Wahid dengan berserah diri kepada-Nya.

Saturday, August 22, 2009

RaMaDhAn Al-MuBaRaK

Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menjalani ibadat puasa pada tahun ini. semoga kehadiran Ramadhan kali ini aku membawa keberkatan kepada diriku...aminnn....huhuh tahun ini sepanjang Ramadhan aku di negeri Bumi Kenyalang...berpuasa ditempat orang mengajar erti ketabahan...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita sentiasa mendapat berkat dan hidayah dari-Nya...Ramadhan bulan ibadat...jom sama-sama kita menunaikan ibadat yang hanya hadir setahun sekali....

Keikhlasan

Berkat usaha dan keikhlasan hati....semua kerja yang dibuat mendapat ganjaran yang setimpal..Alhamdulillah apa yang aku mahu dan hajati semuanya hampir tercapai aminnnn. mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi dan memayungi aku dengan limpah keberkatanNya..

Saturday, July 11, 2009

Pra-penilaian oleh pensyarah pembimbing

Sungguh tidak kuduga, bagaikan mimpi diulit mimpi, hanya titisan jernih mengalir dipipi, melontarkan rasa kegembiraan yang tidak berbelah bagi. Apabila keputusan penilaian bertukar tangan, apabila mata terpandang keputusan, tangan bergetar, mata mengalir dan hati menjadi sebak. Tidak dapat dilontar kegembiraan dengan kata-kata, hanya air mata yang mampu mengerti.
Namun kejayaan yang aku terima hari ini, bukan bermakna perjalanan aku sudah berakhir, malah lebih tinggi cabaran aku untuk mendapatkan kejayaan yang lebih bermakna. Dengan itu, kekalkan prestasi, kurangkan reputasi
Untuk mak dan ayah, terima kasih yang tidak terhingga, angah hampir menuju kejayaan yang diidamkan. Kejayaan yang akan dimiliki untuk keluarga kita. Walauapapun terjadi, angah tetap meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk mendidik anak bangsa. Walau ke ceruk desa terpencil, di tengah bandar metropolitan, angah bersedia menghadapinya semua, dengan hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Doakan kejayaan angah walau di mana angah berada. Moga niat tulus ikhlas dan suci murni akan diredhai oleh Allah S.w.T.

Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Berita yang amat mengejutkan yang kuterima....tapi itulah ketentuan Illahi, orang yang sihat akan dijemput jua bila suudah tiba ajalnya, kerana Dia lebih menyayangi...Al-Fatihah buat allahyarham Naim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 02.07.09 pada jam 0645 kerana serangan jantung secara tiba-tiba..semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang mukmin.

Buat adikku jangan bersedihhh..tabahkan hatimu menerima ketentuan Illahi ini, ingatlah Alla tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan hambaNya mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah dan redha...