Tuesday, October 5, 2010

KENAPA AKU MASIH SOLO

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. 
Allah itu Maha Mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.  

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Dipetik daripada:

Tuesday, August 17, 2010

DENGARLAH WAHAI TEMANKU SEKALIAN…





Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya..

‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.’
(Surah Al-Tin:4).

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata??
Mahukah kita hidup terhina??
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya..

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah Al-Mujadilah:11).

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..

‘You are the best ummah.’(Al-Imran:110).

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.’
(Al-Hujurat:13).

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’(Al-Baqarah:201).

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’
(Al-Alaq:1-2).

Sedarlah kita pemikul amanat Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya
enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak
melaksanakan.’
(Al-Ahzab:72).

Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
’(Ali-Imran:139).

Lantaran itu, carilah redha Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × istiqomah – malas / masa+yakin,
Asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.
’(Ar-Ra’d:11).

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya
dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’
(At-Tawbah:59).

Temanku,
Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang.
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan kau biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan..
Berjuanglah temanku,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di SYURGA…smiley-smile

Saturday, July 3, 2010

5 Tahun Menanti...Akhirnya

Alhamdulillah....setelah lima tahun menunggu kehadiran orang baru dalam keluargaku...akhirnya 3hb Julai 2010 bersamaan 20 Rejab 1432H jam 3.25pm seorang puteri selamat dilahirkan seberat 2.25kg...apepun tahniah pada along dan abg long atas rezki yg di anugerahkan oleh Allah...semoga lahirnya puteri ini maka akan bertambah berkat dan rezeki hidup..amin...

Aku sangat teruja menerima kehadiran anak buah sulung ni..rase macm tak sabar nak balik..namun apakan daya hari ini aku ditugaskan untuk mengiringi murid-murid Tahun 6 untuk menyertai program GALUS di UTM Skudai..dari jam 8-5pm..fuh mmg agak penat..tp keinginan untuk ke sana memuncak..tapi malang balik rumah kena hujan..kepala dah pening so terpaksa batalkan hasrat demi anak bangsa...yang penting along dan anak sihat dan selamat...

Tuesday, March 23, 2010

Aku Bukan yg Terbaik Utkmu & Dirimu Bukan Tercipta Utkku

Sukarnya kunyatakan..perasaan hatiku...yang semakin xkeruan bila mengetahui semua ini....walaupun pedih,sedih,perit,jerit,pahit..kuterpaksa telan jua kerna itu takdir yang telah tersurat dan hakikat yg perlu diterima..

Pengalaman mengajar erti kehidupan...pengalaman mendewasakan mematangkan fikiran...belajarlah dari pengalaman dan amiklah pengajran dari pengalaman...ape yang terjadi hidup tetap mst diteruskan jua...kerna udah lumrah hidup mmg untuk diduga..justeru xperlu takut untuk diduga..mesti harungi dengan hati terbuka...

walauapapun aku kena akur dengan apa yang kudengar,dengan apa yang kutahu walaupun bukan dari sudut hatinyer sendiri..tetapi itu sudah nyata lagi terbukti tak perlu untuk dia memberi penjelasan lagi..hatiku sudah cukup terkilan kerana aku tertanya2 dan tertunggu bila dia akan menjelaskan situasi dan keadaan sebenar kepadaku..namun itu hanya tinggal kenangan...aku rase tertipu...kenapa harus aku dipermainkan..soal hati dan perasaan sukar untuk dimengertikan..terasa hancur luluh hati ini...kalau tidak suka katakanlah..jangan terus bagi harapan...

Aku tetap mendoakan kebahagian untuknya..semoga berbahagia untuk selama-lamanya....walaupun hati aku kecewa dan luluh dengan apa yang berlaku..tetapi aku hanya percaya satu ALLAH tetap disamping aku walau apa jua terjadi...

Ya Allah aku pohon kepada-Mu agar aku diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani kehidupan di alam fana ini...






TINGGAL KENANGAN


Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan
Semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Di sini aku
Merindukan dirimu oh

Kini ku cuba
Mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih

Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan
Semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Di sini aku
Merindukan dirimu oh

Kini ku cuba
Mencari penggantimu
Namun tak lagi
Seperti dirimu oh kekasih

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Di sini aku
Merindukan dirimu oh

Kini ku cuba
Mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih

Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan

Saleem-Tinggal Kenangan
(Album Demi Cinta)


Monday, March 8, 2010

Aku Bangga Menajdi Guru...

Tugas guru bukan suatu tugas yang mudah...berbaloilah cikgu banyak cuti...tp cuti pun kadang2 kena datang sekolah juga..huhuu..apepun itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan yg mesti dipikul keranan sudah menjadi kewajipan bagi kita....

PENAT!!!!!!...usah mengeluh..tiada pekerjaan yang tidak penat..dan tiada pekerjaan yang relax...yang membezakan adalah suasana dan keadaan di persekitaran tempat kita kerja....ape pun kita harus terima segala kelemahan sebagai cabaran untuk kita..hidup mesti diteruskan jua..

Minggu ini aku kalut2 semak kertas BM1 dan BM2 Penilaian 1 Tahun 4...cz kena serahkan markah sebelum cuti..nak tergelak pun ada..nak nangis pun ada..nak marah pun ada semasa semak karangan ye orang nie...biasalah budak2 cina..mereka ni kebanyakan menghafal...tp yg paling membuatkan aku bangga and terkejut apabila aku terjumpa satu pepatah dalam salah satu karangan "Aku Sebatang Pen" yg berbunyi " Ketika muda disukai, Ketika tua dilupai"...wahhh memang hebat...itulah kali pertama aku mendengar pepatah itu heheheeheh....
yang nak buat aku marah dan kecewa pulak...ada beberapa org yg langsung x menjawab ketiga2 bahagian kertas 2 itu...tinggal kosong ajerr..serba salah juga aku dibuatnyer...huhuu

 lepas nie kena buat refleksi..kenapa jadi macam itu....Teruskan perjuangan...jadikan cabaran untuk mencapai kecemerlangan, kegagalan bukan halangan....berjuang terus berjuang melangkah megah di persada pendidikan demi anak bangsa yang gemilang...

Wednesday, March 3, 2010

Pening...Pening...Aku Pening...

Minggu ini adalah minggu peperiksaan....juga merupakan minggu yang mencemaskan aku....nyata ianya menjadi realiti...marah?????sedih???bengang????sakit hati???...urmmmm sbg pendidik aku mst kena sabar byk dan yg pling penting buat refleksi kendiri....tp aku sgt kecewa apabila keputusan krg memberangsangkan...aku mst buat yg terbaik....

               kenapa murid xdpat jawab peperiksaan?????
kenapa murid xfaham kita ajar????
kenpa murid xnak buat latihan????
kenapa..dan kenapa...dan kenapa..
Ask urself....
The past is cannot change, but the future still ur power...so go2 chayok....