Saturday, July 11, 2009

Pra-penilaian oleh pensyarah pembimbing

Sungguh tidak kuduga, bagaikan mimpi diulit mimpi, hanya titisan jernih mengalir dipipi, melontarkan rasa kegembiraan yang tidak berbelah bagi. Apabila keputusan penilaian bertukar tangan, apabila mata terpandang keputusan, tangan bergetar, mata mengalir dan hati menjadi sebak. Tidak dapat dilontar kegembiraan dengan kata-kata, hanya air mata yang mampu mengerti.
Namun kejayaan yang aku terima hari ini, bukan bermakna perjalanan aku sudah berakhir, malah lebih tinggi cabaran aku untuk mendapatkan kejayaan yang lebih bermakna. Dengan itu, kekalkan prestasi, kurangkan reputasi
Untuk mak dan ayah, terima kasih yang tidak terhingga, angah hampir menuju kejayaan yang diidamkan. Kejayaan yang akan dimiliki untuk keluarga kita. Walauapapun terjadi, angah tetap meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk mendidik anak bangsa. Walau ke ceruk desa terpencil, di tengah bandar metropolitan, angah bersedia menghadapinya semua, dengan hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental serta pengalaman dan ilmu yang diperolehi. Doakan kejayaan angah walau di mana angah berada. Moga niat tulus ikhlas dan suci murni akan diredhai oleh Allah S.w.T.

Friday, July 3, 2009

Al-Fatihah

Berita yang amat mengejutkan yang kuterima....tapi itulah ketentuan Illahi, orang yang sihat akan dijemput jua bila suudah tiba ajalnya, kerana Dia lebih menyayangi...Al-Fatihah buat allahyarham Naim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 02.07.09 pada jam 0645 kerana serangan jantung secara tiba-tiba..semoga roh-nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang mukmin.

Buat adikku jangan bersedihhh..tabahkan hatimu menerima ketentuan Illahi ini, ingatlah Alla tidak akan menurunkan ujian buat hambaNya melainkan hambaNya mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah dan redha...

Thursday, June 25, 2009

Akan Kumiliki


huhuhuuuu...akan kumiliki juaaaa...bila????tungguuu....

Wednesday, June 24, 2009

Pengalamanku...

Rupanya sukar jugak nak jadi guru ek...rase macam nak terus balik jerr...tak sanggup nak menghadapi praktiukm..sebelum datang bukan main berkobar-kobar...tup-tup bila di dunia sebenar haaaaaaa baru ko tau....wakakaakaaaa...bangun..bangun dr tidur yg lenamu...ayuh buka langkahmu kerna perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama...so tunggu apa lagi...cakap bkan main lagi nak jd guru yang hebatlah...membina anak bangsa jadi cemerlang lah....oooiiiii klu dah patah semangat mcm ner nak jana itu semua....cakap biar serupa bikin lah...jangan jadi hipokrit, kata tak suka hipokrit..
segala rintangan itu hanya cabaran...bukankah itu pegangan??????iishhhh sajer jer ek...tabahlah dalam mengharungi segala dugaan hidup...kerana Allah akan menguji setiap hamba-Nya..lagi tabah orang itu, lagi besarlah ujian yang diterimanya...kerana Allah memang tahu kemampuan hamba-Nya menghadapi itu smua..jadi nape nak susah hati...percayalah kerana Cinta dan Kasih Allah itu tulus dan suci...

Keseronokan dalam penderitaan….Penderitaan dalam keceriaan…

Hari ini bertolak ku ke Sri Aman…hatiku terasa sayu dan pilu bila terkenang memori-memori indah tika bersama teman-teman di IPGMKTAR…kini bermula kamus hidup baru, rentetan jalanan yang penuh liku yang harus ditempuhi onak dan ranjaunya…pahit getir telah kuhadapinya dengan tenang dan redha…

Huhhhhh sungguh tidak terduga dek akalku..betapa hebatnya penangan kronologi perjalanan ku ke Sri Aman..bermula dengan sejarah yang penuh bermakna menjadikan pengalaman yang amat berharga dari sejongkong emas, berjuta wang…pengalaman yang kuperolehi sesungguhnya tidak dapat kubayar dengan wang ringgit…pengalaman inilah yang lebih mendewasakan dan mematangkan pemikiranku mengenai erti dan nilai perangai sebenar manusia..untuk peringatan berhati-hatilah dengan manusia..kerna kadang kala merkea hanya berkawan untuk kepentingan diri mereka sendiri…aku sudah terkena…huhuhuu..renung-renungkanlah..ibarat kata Nabil “Lu pikirlah sendiri”..haa piker-pikirkanlah yeee….

Di mana pendengar-pendengar setia aku…oh rupanya mereka pun ada kehidupan mereka sendiri…betullah orang kata yang baik itu hanya sementara sahaja akan hadir dalam hidup kita…justeru hargailah mereka-mereka yang hadir dalam hidupmu sebagai penyeri walaupun hanya seketika… tika begini aku teringat teman baikku c.sue & Adah…jutaan kasih yang tidak terhingga buat sahabatku yang sangat memahamiku.. serta buat “rumetku” tq so muuaaahhh….

Saturday, June 20, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin

Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Kusuka lagu ini...sangat suka...pembakar semangat...

Friday, June 19, 2009

Ada Apa Dengan Cinta???


Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan cintanya..tidak mustahi cinta akan datang kembali kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun telah berulang kali dikecewakan dan disakiti.

Kenapa ini terjadi????? kerana mungkin Tuhan inginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu orang yang tepat, justeru kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu dan anggaplah kita yang paling bertuah.

Memang menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan apabila tiada keberaniaan untuk menyatakan cinta kepada orang yang kita cintai.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua adalah pengajaran. cinta seterusnya adalah keperluan, kerana hidup tanpa cinta ibarat masakan tanpa garam. Oleh itu, bajai lah cinta yang dianugerahkan agar ianya terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tak amik kisah, tak perlu bercakap ttg perasaan jika ia tiada dihatimu, tak perlu bercakap tentang pengalaman cinta,jika kamu tak pernah mengalaminya…kerana cinta sesuatu yang mengasyikkan yang boleh menghilangkan kewarasan fikiran. Ramai orang mengatakan cinta itu buta, yang sebenarnya cinta itu tidak buta, yang buta adalah orang yang tidak tahu menilai erti cinta. Percayalah cinta itu juga indah jika pandai menghayatinya…Apapun jangan biarkan cinta menguasai kita, biar kita yang menguasai cinta…

Dengan itu ada yang mengatakan….

“Bukan laut namanya jika air tidak bergelombang. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak terluka. Bukan kekasih namanya jika tidak pernah rindu dan cemburu”

CINTA ADALAH KURNIAAN ILLAHI…MENGAPA MESTI DIBENCI??? YANG HARUS DIBENCI ADALAH KEPALSUAN…BUKAN CINTA kerana Cinta Itu Nikmat Tapi Awas
Cinta dan Cita-Cita…anggaplah cinta itu cerita dan cita-cita itu cahaya, ambillah cahaya untuk membaca cerita. Justeru, capailah dulu cita-cita sebelum cinta.