Friday, June 19, 2009

Ada Apa Dengan Cinta???


Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan cintanya..tidak mustahi cinta akan datang kembali kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun telah berulang kali dikecewakan dan disakiti.

Kenapa ini terjadi????? kerana mungkin Tuhan inginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu orang yang tepat, justeru kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu dan anggaplah kita yang paling bertuah.

Memang menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan apabila tiada keberaniaan untuk menyatakan cinta kepada orang yang kita cintai.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua adalah pengajaran. cinta seterusnya adalah keperluan, kerana hidup tanpa cinta ibarat masakan tanpa garam. Oleh itu, bajai lah cinta yang dianugerahkan agar ianya terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tak amik kisah, tak perlu bercakap ttg perasaan jika ia tiada dihatimu, tak perlu bercakap tentang pengalaman cinta,jika kamu tak pernah mengalaminya…kerana cinta sesuatu yang mengasyikkan yang boleh menghilangkan kewarasan fikiran. Ramai orang mengatakan cinta itu buta, yang sebenarnya cinta itu tidak buta, yang buta adalah orang yang tidak tahu menilai erti cinta. Percayalah cinta itu juga indah jika pandai menghayatinya…Apapun jangan biarkan cinta menguasai kita, biar kita yang menguasai cinta…

Dengan itu ada yang mengatakan….

“Bukan laut namanya jika air tidak bergelombang. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak terluka. Bukan kekasih namanya jika tidak pernah rindu dan cemburu”

CINTA ADALAH KURNIAAN ILLAHI…MENGAPA MESTI DIBENCI??? YANG HARUS DIBENCI ADALAH KEPALSUAN…BUKAN CINTA kerana Cinta Itu Nikmat Tapi Awas
Cinta dan Cita-Cita…anggaplah cinta itu cerita dan cita-cita itu cahaya, ambillah cahaya untuk membaca cerita. Justeru, capailah dulu cita-cita sebelum cinta.

No comments:

Post a Comment