Wednesday, September 9, 2009

09-09-09=Cemerlang-Gemilang-Terbilang

Angka yang cukup menarik...090909 secara kebetulan boleh dikaitkan dengan CemerlangGemilangTerbilang...Analoginya cukup banyak...bagiku inilah tahun yang paling bermakna untuk diriku menebus kegagalan...aku mula bangkit melangkah megah dipersada kecemerlangan...apa yang penting???Kerjasama..Wonder Pets...Wonder Pets..opsss lagu Wonder Pets plak...yup mmg btul kerjasama itu penting..namun yang paling penting keikhlasan..keikhlasan melakukan satu tanggunggjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

Tempoh setahun untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah agak singkat. Terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari, justeru dalam tempoh setahun tidak memadai. Sudah menjadi sikap manusia tidak pernah cukup dengan yang ada dan tidak pernah puas hati dengan apa yang diberikan..apalah salahnya dengan apa yang kita perolehi...

Apa-apa saja yang diluar jangkaan boleh berlaku...ini semua kuasa Allah..Kita hanya merancang, Dia yang menentukan...apa yang kita rancang tak semestinya kita dapat dan apa yang kita dapat tidak seperti yang kita mahu...walauapapun belajarlah bersyukur kerana hidup memang untuk diduga..oleh iu tempuhilah segala dugaan dan ujian yang dihadapi dengan penuh keredhaan.

Aku amat berbangga pada tahun ini, kerana dengan berkat keikhlasan, kesungguhan, ketekunan dan kesabaran aku berjaya jua mencapai apa yang kuimpikan...kemasukkanku ke IPGMKTAR adalah untuk menebus matlamatku yang tidak tercapai semasa di UMKL..kini aku puas dan bersyukur kerana impianku hampir tercapai..inilah hadiah istimewa untuk kedua ibu bapaku, tiada yang diharapkan melainkan kecemerlangan dan kejayaan anaknya.

Segala rintanganku jadikan sebagai cabaran untuk terus berjaya mendapat apa yang diimpikan. Tidak dapat lari jua dari pelbagai tohmahan, cacian dan dengkian manusia sekeliling..sudah memang lumrah dunia kerana kita dikelilingi dengan manusia yang bernyawa,bermata, berhidung,bermulut,bertelinga bertangan dan berkaki. Apapun yang dikatakan tentang kita, pekakkan telinga, butakan mata..janji apa yang kita buat dengan penuh keikhlasan dan niat kerana ALLAH.

2 comments:

  1. cayala..ayat yg begitu b'makna..i like it..

    ReplyDelete
  2. HEHEEHHEE....BIASALAH BILA TERLALU BANYAK HUJAN YANG TURUN..TERPAKSA KU TANGKIS TEMPIAS ITU DENGAN PSIKOLOGI DAN MOTIVASI YANG CUKUP TINGGI...

    ReplyDelete