Thursday, October 8, 2009

Pening...pening mane satu nie...

memang cukup pening...nak booking tiket balik pun susah..beli lewat2 mahal plok..aduissss...susah betul pengurusan..dengar citer BTN xdpat dijalankan tahun nie..cz gvment kata bajet under maktab so mktb pun pk dua kali la kot nk bt ke tidak nyer....dgr pulak citer KPLI tamat kursus 25hb Nov 2009...klu mcm tu sempat beraya kat rumah lah...


tapiii.......tikettttttttttt..mcm ner mau booking klu semuanya blm cnfrm just khabar angin semuanya...last minit barulah smua cnfrm tu..pelik btul aku..

yang penting semua itu ada hikmah..sabar adalah lebih baik..walau dalam hati dh berapi larvanye..huhaaaa...menyanyilah dan terus ketawa..agar anda muda sentiasa dan tidak tensen-tensen..

Wednesday, October 7, 2009

Uniknyer Kehidupan...


Uniknyerr kehidupan
Uishhh...malu betul! orang lain buat refleksi kat depan tak de pun yang menangis...tiba giliran aku over-over plak sampai nak nangis2...nak nangis2 kerr???? bukan dah nangis ker...xmalu betul depan En.Muhaimi plak tu...kawallah sikit...heheh memang sebak dan terharu...dah cuba kawal tapi tak mampu...nasib baiklah ada juga yang jiwanyer hampir sama dengan aku...xdelah malu sangat aku bila Agien pun nangis jugak heheheeheh...bukan ape, sebab hingga ke hari ini aku rasa macam mimpi ajer aku dapat calon cemerlang...ermmm apa yang membuatkan aku terus dibuai mimpi apabila madah-madah daripada Ustazah Noraini semasa aku menghantar Folio PPIM...xperlu lah aku nyatakan di sini...biarlah dulu menjadi rahsia walau aku dapat merasakannya...

Sungguh kuterasa kehidupan ini sangat unik..betul kata Dr. HM Tuah tentang arus alpha dan arus beta...baru aku teringat anak-anak muridku, tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada mereka...sungguh terharu mendengar luahan cerita mereka yang masih lagi simpan "kad gergasi" yang saya hadiahkan kepada mereka..kini aku dimaktab meneruskan perjuanganku yang belum selesai..



buat mutiara-mutiaraku...
pergi cikgu bukan meninggalkanmu semua
tetapi kerana komitmen dan tugas yang belum selesai
masih jauh disudut hati ini kenangan bersama kalian
dan harapan dan doa agar terus menjadi murid cemerlang
tidak lupa ucapan terima kasih
kerana kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh cikgu di sana
andai berpeluang dan masa mengizinkan
akan ku ke sana melawat kalian
miss u all soo muuaahhh

Monday, October 5, 2009

Hanya sebulan sajerrr...

yeeehaaaaaaaaaaaaa...bertungkus lumuslah...balon lah cukup2 utk teruskan perjuangan yg blm selesai...babak ko-kurikulum udah selesai...babak praktikum jugak baru jak selasai semuanya...bercerita pasala praktikum inilah pengalaman pertamaku..amat menyeronokkan...walaupun banyak masalah yang dihadapi, namun itu semua aku jadikan cabaran bukan halangan...apabila melihat masalah sebagai halangan hanya kegagalan yang ditemui, jika dilihat sebagai cabaran memang kecemerlangan yang diperolehi disamping itu ianya menjadikan kita lebih kreatif...moralnyer jangan tensen apabila berhadapan dengan segala masalah...

sekarang  tinggal babak exam, temuduga dan kursus..wadus2 sungguh cukup padat madat...naik tensen jugak nie...TENSEN???...relak beb..jgn tensen..anggaplah belajar ini suatu yg menyeronokkan..eh tp mmg seronok pun belajar, xpernah jemu aku untuk belajar kerana kusedar ilmu baru sekerat jari so aku mesti mencari agar menjadi insan bestari..

Tuesday, September 29, 2009

Hasil Kreativiti Murid Tahun 4


Aku dan Dirimu
Tiba saatnya kita saling berpisah
Tentang perasaan yang menyedihkan
Tentang rindu yang menyerbu
Tentang kasih yang terungkap

Sudah terlalu lama kita belajar
Belajar dalam rindu-rindu selesa
Memenuhi mimpi-mimpi pagi yang terindah

Duhai cikguku sayangku
Jangan tinggalkan perasaanmu kasihmu
Perasaanmu kasihmu seluruh rindumu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat dikeabadian jika sewaktu bias
Kita janjikan dan segala mimpi-mimpi
Jadi kenyataan.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikitpun kubayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kami semua.


Aku Masih Sayang


Kau cikguku
Jiwaku indah memanggil cikguku
Maka kuterbangun untuk menangis
Menangis untuk dirimu
Jangan pernah cikgu ragukan
Kasih sayang yang sesungguhnya
Itu bisa boleh melupakan semua bukan begitu
Aku sungguh masih sayang pada cikgu
Jangan sampai cikgu tinggalkan
Kamu begitu sangat berharga cikguku
Bagiku woo…woo...

Kau korbankan semuanya untukku
Sungguh kuberharap cikgu begitu
Padaku hingga kurasakan kasih sayang
Yang sesungguhnya prasangka




Matahariku
Tertutup sudah pintu, pintu hatimu
Yang pernah dibuka waktu
Hanya untukmu
Kini cikgu pergi, dari hidupku
Kuharus relakanmu, walau aku tak mahu
 Berjuta guru tersayang, di dalam hati
Sejenak luluh bergenjang, menjauh pergi
Tak ada lagi, cahaya suci
Semua nada beranjak
Aku terdiam sepi
Dengarlah suara kami ini
Kami bersedih kerana cikgu tinggalkan diriku
Ucapkanlah cikguku ini
Puisi tentang cikguku
Tentang kami yang tak mampu
Melupakan cikgu tersayang

Terima kasih murid-murid yang kukasihi atas kreativiti mengubahsuai senikata lagu-lagu tersebut untuk didedikasikan khas buatku...saya bangga menjadi cikgu kamu semua...doa dan harapan semoga cemerlang dalam UPSR 2011


Mutiara-mutiara yang kugilap selama 3bulan..









Saturday, September 26, 2009

Meneruskan Perjuangan

huhuhuuuu....sekembaliku di IPGMKTAR untuk meneruskan perjuangan yang abelum selesai...wohohoooo penat bercuti masih terasa tapi apakan daya misiku belum tercapai...hidup mesti diteruskan walau badai atau tsunami melanda...
banyaknyer kerja yang belum selesai...refleksi, folio, assignment dan yang paling meletihkan mengangkut barang-barang dari stor...sabr ajerlahhhhhhhh....


rindunyerr alam praktikum...huhu Sri Aman dalam kenangan..SK Selepong sentiasa diingatan huhuhuhu...kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat ku timba pengalaman....

Wednesday, September 16, 2009

Aduisssss?????? Adakah Aku??????

..."Boleh jumpe dengan Guru Besar?..Saya pensyarah dari IPGMKTAR..."...aduis adakah aku kena selia hari ni, tapi kelas aku dah habis...aku mash tertanya2 dlm hati dan saling berpandangan bersama pasangan praktikum Cecilia ak Udil....
ohhh tepat sekali yg aku jangkakan, GB kluar dr blik dan minta kami berdua msuk ke biliknya utk berjumpa dgn mereka..slps bersalam dan bertanya khabar..hanya aku diminta utk menyediakan segala dokumentasi praktikum di satu bilik untuk buat perbincangan...jadi kami amik Pusat Sumber Sekolah utk berbincang...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...segala-galanya disemak..bermula dengan buku log RPH, Folio praktikum, Huraian Sukatan Pelajaran, Latihan Murid-Murid dan segala dokumen yang berkaitan...syukur di atas usaha yang penuh keikhlasan harinye membuahkan hasil yang amat dibanggakan walaupun aku terasa seperti mimpi..
walauapapun..aku tak mungkin akan berada ke tahap ini tanpa bimbingan dan didikan daripada Pn.Hjh Rokaiyah Hj Jaya(pensyarah pembimbing IPGMKTAR) dan Cikgu Safuani Brahim (Guru Pembimbing SK Selepong) yang tidak pernah jemu memberi didikan, bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya berjaya ke peringkat ini. tidak lupa juga buat semua guru-guru di SK Selepong dan para pensyarah IPGMKTAR yang memberi sokongan,tunjuk ajar serta semangat untuk saya...
tidak lupa buat insan yang sentiasa dihati mak dan ayah..terima kasih atas segala-galanya..inilah hadiah angah yang paling bermakan buat mak dan ayah...adik-adik tercinta jadikanlah kejayaan angah sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya...

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09=Cemerlang-Gemilang-Terbilang

Angka yang cukup menarik...090909 secara kebetulan boleh dikaitkan dengan CemerlangGemilangTerbilang...Analoginya cukup banyak...bagiku inilah tahun yang paling bermakna untuk diriku menebus kegagalan...aku mula bangkit melangkah megah dipersada kecemerlangan...apa yang penting???Kerjasama..Wonder Pets...Wonder Pets..opsss lagu Wonder Pets plak...yup mmg btul kerjasama itu penting..namun yang paling penting keikhlasan..keikhlasan melakukan satu tanggunggjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

Tempoh setahun untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah agak singkat. Terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari, justeru dalam tempoh setahun tidak memadai. Sudah menjadi sikap manusia tidak pernah cukup dengan yang ada dan tidak pernah puas hati dengan apa yang diberikan..apalah salahnya dengan apa yang kita perolehi...

Apa-apa saja yang diluar jangkaan boleh berlaku...ini semua kuasa Allah..Kita hanya merancang, Dia yang menentukan...apa yang kita rancang tak semestinya kita dapat dan apa yang kita dapat tidak seperti yang kita mahu...walauapapun belajarlah bersyukur kerana hidup memang untuk diduga..oleh iu tempuhilah segala dugaan dan ujian yang dihadapi dengan penuh keredhaan.

Aku amat berbangga pada tahun ini, kerana dengan berkat keikhlasan, kesungguhan, ketekunan dan kesabaran aku berjaya jua mencapai apa yang kuimpikan...kemasukkanku ke IPGMKTAR adalah untuk menebus matlamatku yang tidak tercapai semasa di UMKL..kini aku puas dan bersyukur kerana impianku hampir tercapai..inilah hadiah istimewa untuk kedua ibu bapaku, tiada yang diharapkan melainkan kecemerlangan dan kejayaan anaknya.

Segala rintanganku jadikan sebagai cabaran untuk terus berjaya mendapat apa yang diimpikan. Tidak dapat lari jua dari pelbagai tohmahan, cacian dan dengkian manusia sekeliling..sudah memang lumrah dunia kerana kita dikelilingi dengan manusia yang bernyawa,bermata, berhidung,bermulut,bertelinga bertangan dan berkaki. Apapun yang dikatakan tentang kita, pekakkan telinga, butakan mata..janji apa yang kita buat dengan penuh keikhlasan dan niat kerana ALLAH.